KUCHING: Wisma Saberkas akan ditutup selama dua minggu bermula 2 hingga 16 November ini selepas lapan orang dipercayai dikesan positif Covid-19.
Pihak pengurusan Wisma Saberkas telah mengeluarkan notis penutupan tersebut semalam.
Dianggarkan sekitar 112 individu telah disaring melalui aktiviti pengesanan aktif yang sedang dijalankan di bangunan terbabit.
Menurut laporan harian, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), sebanyak tujuh kes dikesan melibatkan dua premis yang berada dalam bangunan berkenaan.
Bagaimanapun sehingga semalam, blok pejabat yang mana pejabat kerajaan beroperasi akan kekal dibuka seperti biasa.
Pihak pengurusan berkata, ia akan menjalani kerja pembersihan dan sanitasi dalam masa terdekat.
“Terdapat empat kes yang dikesan melalui saringan kendiri dan kesemua kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
“Tiga kes adalah dari warga tempatan dan satu kes merupakan warga China yang dikesan melalui saringan kendiri untuk pulang ke negara asal,” jelas Uggah.
Oleh Connie Chieng