Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN
  • NASIONAL

Kerajaan nafi dakwaan Bloomberg berhubung siasatan pemilikan saham Azam Baki – KSN

Utusan Sarawak 9 hours ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sesi temu bual khas bersama media dipejabatnya hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Bloomberg kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam hal ini, Shamsul Azri berkata Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut.

Semalam, agensi berita asing itu menyiarkan laporan mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tiga syarikat penerbangan tambahan tingkatkan kesalinghubungan udara global Malaysia
Next: Melangkaui larangan: Peranan ibu bapa penting bagi lindungi remaja dalam talian – Pakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.