Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tahan lelaki tempatan kes pecah rumah dan curi
  • JENAYAH

Polis Kuching tahan lelaki tempatan kes pecah rumah dan curi

Utusan Sarawak 14 hours ago
LELAKI ditangkap kerana mencuri

KUCHING: Polis Kuching menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di sebuah kediaman di Jalan Bukit Mata, awal pagi 30 Mac.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan sekitar 1.35 pagi di rumah berkenaan.

LELAKI ditangkap kerana mencuri

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah. Permohonan reman telah diluluskan selama tujuh hari sehingga 6 April bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebat bagi kesalahan berulang.

Alexson turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah dan menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan polis.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan, dadah lebih RM12,000 dirampas di Sibu
Next: 1MDB: Empat lukisan dijangka tiba di Malaysia 6 April – SPRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.