Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas, positif amphetamine dan methamphetamine
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan dalam Ops Tapis Khas, positif amphetamine dan methamphetamine

Utusan Sarawak 11 hours ago
DUA lelaki ditahan oleh pihak polis dalam Ops Tapis Khas pada semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki tempatan berumur 31 dan 36 tahun ditahan polis dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah pada semalam. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, kedua-dua suspek ditahan kira-kira 5.50 petang ketika pasukan polis menjalankan operasi khas sebelum dibawa ke IPD Meradong untuk tindakan lanjut.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau, dapati seorang suspek mempunyai satu rekod bersabit jenayah dadah. Manakala seorang suspek lagi tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

“Pihak IPD Meradong memandang serius kesalahan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak berkompromi dengan masalah tersebut.

“Saya menggesa supaya masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong. Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Memandu bawah pengaruh alkohol hingga sebabkan kematian dikategorikan jenayah berat
Next: Polis cedera dalam aksi kejar-mengejar suspek syabu di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.