Dua lelaki ditahan, polis rampas syabu di Balingian

Facebook
WhatsApp
POLIS berjaya memberkas dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan bengkel kenderaan berat di Jalan Bukut, Balingian semalam. Foto PDRM

BALINGIAN: Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis syabu dalam satu operasi di kawasan bengkel kenderaan berat di Jalan Bukut di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua suspek berumur 24 dan 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira 12.45 tengah hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemukan satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki methamphetamine yang disimpan dalam kotak rokok dengan anggaran berat kasar 0.38 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai buruh itu kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek berumur 30 tahun positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang lagi suspek didapati negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 4 April ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Muhamad Rizal berkata, IPD Mukah komited dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak polis.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau dengan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Tarani Lanting

Lelaki didenda miliki minuman keras

MIRI:  Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Miri hari