Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Kwong Lee Bank
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Kwong Lee Bank

Utusan Sarawak 21 hours ago
KEMALANGAN maut di Jalan Kwong Lee Bank, berhadapan Klinik Tanah Putih, kira-kira 8.40 pagi tadi. Foto IPD Kuching

KUCHING: Penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kwong Lee Bank, berhadapan Klinik Tanah Putih, kira-kira 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut melibatkan motosikal dan kereta.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 9.10 pagi oleh penolong pegawai perubatan dari Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Alexson turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Insp Mohd Rashdan Rosli di talian 013-6204758 atau 082-259900, atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan dan kejadian tidak diingini.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera dalam kemalangan motosikal, kereta di Jalan Roban
Next: SUV terbalik di Jalan Semop, warga emas selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.