Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Warga Malaysia dihukum penjara 21 tahun atas penyelewengan bahan api S$100 juta di Singapura
  • MAHKAMAH

Warga Malaysia dihukum penjara 21 tahun atas penyelewengan bahan api S$100 juta di Singapura

Utusan Sarawak 9 hours ago
GAMBAR hiasan.

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia yang merupakan bekas pekerja syarikat minyak dan gas dijatuhi hukuman penjara 21 tahun di Singapura selepas mengaku bersalah dalam satu skim melibatkan penyelewengan bahan api dari fasiliti Pulau Bukom.

Richard Goh Chee Keong, 56, mengaku bersalah terhadap 24 pertuduhan berkaitan konspirasi menyalurkan minyak marin bernilai S$100 juta (RM312 juta) antara Ogos 2014 dan Januari 2018, lapor Straits Times.

Beliau turut berdepan 26 pertuduhan tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan 50 pertuduhan, termasuk 39 bagi pecah amanah jenayah, enam bagi pengubahan wang haram, empat bagi rasuah dan satu bagi penggunaan dadah.

Menurut laporan itu, Goh mengaku menerima sekurang-kurangnya S$1.5 juta (RM4.68 juta) daripada hasil jenayah, yang dibelanjakan untuk hartanah, sekurang-kurangnya dua kereta, pelaburan dan menyimpan sebahagian wang tersebut.

Beliau bersetuju untuk pelucuthakan aset yang dirampas daripadanya bernilai S$1.07 juta (RM3.34 juta), sebagai pampasan kepada syarikat minyak dan gas berkenaan.

“Hakim Mahkamah Tinggi Dedar Singh Gill membenarkan permohonan Goh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memerintahkan beliau menyerah diri di Mahkamah Negeri pada 20 April,” menurut laporan itu.

-Bernama  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Papagomo didenda RM4,000 kerana hasut, datangkan kebencian terhadap Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.