Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 9.00 malam ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri hingga 9.00 malam ini

Utusan Sarawak 11 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kebanyakan negeri dan Kuala Lumpur sehingga 9.00 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut) serta Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Petaling).

Keadaan sama turut diramal di Negeri Sembilan (Jempol); Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulai); manakala Sarawak melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).- Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN laksana pemasangan CCTV di stesen minyak kekang penyelewengan RON95

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.