MUKAH: Seramai 50 peserta berusia 16 hingga 27tahun dari sekitar Mukah, Balingian, Dalat dan Matu menyertai Program Rukun Negara: Do You (TH) Think It’s Important? pada 31 Oktober 2020 (Sabtu), bermula 9.00 hingga 2.00 petang bertempat di Dewan Suarah Mukah, di sini.
Program tersebut dianjurkan oleh Owl & Badger Research PLT
dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak,
Pertubuhan Belia Parlimen Mukah, SABERKAS Cawangan Tellian, SABERKAS Cawangan Balingian dan Mukah Youth Volunteers.
Ia adalah sebuah sesi interaktif yang mana belia berpeluang untuk memberi pendapat serta mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah Rukun Negara.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah Rukun Negara dan mendengar pendapat serta aspirasi belia Sarawak terhadap wujudnya Rukun Negara sempena ulang tahun Rukun Negara ke-50
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo merasmikan program tersebut.
Turut hadir, Pengerusi Perkongsian OWL & Badger, Deborah Aloysius Dris, Setiausaha Eksekutif Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, Royston Valentine, Rakan Owl & Badger Research PLT, Royston Valentine, Rakan Owl & Badger Research PLT, Dante Clement A Janalak Dris dan Exco SABERKAS Negeri Sarawak, Muhammad Tarmizi Karnain.
Program ini turut dilaksanakan di Kuching, Miri dan Bintulu pada bulan lepas. Mukah adalah destinasi terakhir Program Rukun Negara untuk tahun ini.
Oleh Suraya Jakaria