
DARO: Mungkinkah sambutan Hari Raya tahun ini, kali terakhir penduduk pesisir Pulau Bruit, Daro dan Matu menggunakan perkhidmatan feri?
Penduduk di sini yang balik kampung untuk Aidilfitri baru-baru ini kecewa kerana Jambatan Batang Paloh tak siap-siap, hingga terpaksa menunggu giliran naik feri antara dua hingga tiga jam menjelang Hari Raya.
Projek bernilai RM298.5 juta itu sepatutnya siap pada Januari 2026, namun selepas lanjutan masa (EOT) yang diberikan ia ditunda ke sekitar September 2026.
Pihak kontraktor juga menyatakan ada kemungkinan siap lebih awal jika kerja dipercepatkan.
Difahamkan, status kemajuan projek itu sekarang ialah kira-kira 77 peratus, lewat sekitar 96 hari daripada jadual asal.