Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Chen tunai janji, hidupkan malam penuh emosi di Zepp KL
  • HIBURAN

Chen tunai janji, hidupkan malam penuh emosi di Zepp KL

Utusan Sarawak 15 hours ago
CHEN tunai janji, hidupkan malam penuh emosi di Zepp KL

KUALA LUMPUR: Kepulangan  Kim Jong-dae atau Chen ke Malaysia selepas hampir dua tahun melakukan persembahan di negara ini tidak hanya mengubat rindu peminat tetapi turut berjaya menghadiahkan malam penuh emosi kepada mereka menerusi konsert jelajah solo Arcadia yang berlangsung di sini, pada Ahad malam. 

Sejurus kemunculannya di pentas utama, sorakan gemuruh penonton bergema, membuktikan betapa kunjungan semula anggota EXO  itu amat dinantikan sejak persembahan pada 2024. 

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu dimeriahkan dengan peminat yang rata-rata tampil dengan busana berona merah jambu, manakala segelintir yang lain anggun berbaju kurung bersempena dengan sambutan Syawal, menjadikan malam itu bukan sahaja dipenuhi aura K-pop tetapi juga sentuhan tempatan. 

Chen membuka tirai persembahan dengan lagu hitnya, ‘No Gravity’ sebelum meneruskan momentum dengan lagu ‘Fall in Love Again’ yang membuatkan dewan bergema dengan sorakan tanpa henti. 

“Ayuh Kuala Lumpur, kita hingarkan malam ini! Dalam jelajah Acadia ini, saya buat persembahan di pelbagai tempat dan setiap kali saya dengar sorakan kalian, saya rasa dihargai,” sapanya yang meningkatkan adrenalin peminatnya.

Jejaka kacak berusia 34 tahun itu turut mengingatkan peminat kunjungan beliau kali ini juga bagi memenuhi janji untuk membuat persembahan dengan iringan ‘live band’.

“Terima kasih kerana menunggu,” katanya sebelum meneruskan persembahan dengan lagu ‘I Don’t Even Mind’.

Sepanjang hampir dua jam persembahan, Chen menyerlahkan kekuatan vokalnya yang konsisten, terutama ketika membawakan lagu-lagu balada penuh emosi seperti seperti Deja-Vu, Arcadia, Best Luck dan Photograph,  membuatkan peminat menjadi tidak keruan dan bersorak tanpa henti.

Suasana di dalam dewan turut diwarnai ‘EXO lightstick’, menambahkan lagi kemeriahan  konsert yang merupakan destinasi terakhir penyanyi itu pada siri jelajahnya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga bijak melayani peminat, malah sempat menghulurkan mikrofon kepada beberapa peminat yang bertuah untuk menyanyi bersama-sama, mencetuskan sorakan yang lebih kuat daripada penonton lain yang turut merakam momen itu menggunakan telefon pintar masing-masing.

Chen juga sempat mencuit hati penonton apabila berseloroh bahawa beliau mungkin akan kehilangan suara selepas menyanyikan hampir 20 lagu malam itu.

“Walaupun saya mungkin hilang suara esok, saya tidak kisah. Saya benar-benar seronok bersama-sama dengan kalian malam ini,” katanya, disambut sorakan gemuruh peminat. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: RWMF diteruskan, Sarawak optimis tarik pengunjung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.