Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Saberkas Ba’kelalan, Centexs Lawas anjur program perkasa belia
  • Utara
  • WILAYAH

Saberkas Ba’kelalan, Centexs Lawas anjur program perkasa belia

Utusan Sarawak 15 hours ago
CABUTAN BERTUAH…Awangku Bahar diiringi Steve menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.

LAWAS: Saberkas Cawangan Ba’kelalan dengan kerjasama Centexs Lawas menganjurkan program sempena Hari Terbuka Centexs Lawas, di sini, semalam.

Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, Steve Lius berkata, program tersebut merangkumi pelbagai aktiviti termasuk kursus memasak, gunting rambut, pertandingan karaoke, permainan dalam talian Mobile Legends serta cabutan bertuah.

Menurut beliau, penganjuran bersama itu merupakan yang pertama diadakan bagi mempromosikan serta menggalakkan penyertaan belia di Lawas dalam pelbagai kursus jangka pendek dan panjang yang ditawarkan.

ASAS KEMAHIRAN… (dari kanan) Awangku Bahar Pengiran Jini dan Steve Lius melihat lebih dekat kursus mengunting rambut di Centexs Lawas.

“Ini penting bagi memastikan belia dari Ba’kelalan dan Lawas tidak tercicir dalam merebut peluang latihan kemahiran yang tersedia,” katanya ketika ditemui media selepas program berkenaan.

Program itu telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Saberkas Negeri Sarawak, Awangku Bahar Pengiran Jini.

Sementara itu, Awangku Bahar berkata, penubuhan Centexs Lawas merupakan inisiatif Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bagi memastikan belia tempatan tidak terpinggir daripada memperoleh peluang latihan kemahiran yang diiktiraf kerajaan.

PERTANDINGAN…Awangku Bahar dan Steve turut meninjau ruang pertandingan Mobile Legends yang diadakan di Centexs Lawas anjuran Saberkas Cawangan Ba’kelalan Lawas.

Beliau berkata, pelbagai program dan kursus ditawarkan menerusi pusat berkenaan bagi membantu belia meningkatkan kemahiran serta memperoleh sijil pengiktirafan, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup keluarga.

Dalam pada itu, Awangku Bahar yang juga usahawan makanan di Lawas turut berkongsi pengalaman berkaitan masakan dan penyediaan makanan bersama peserta kursus semasa program tersebut.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 15 lampu jalan dipasang di tiga rumah panjang di Rantau Panjang tingkatkan keselamatan malam
Next: Polis Bau perangi kegiatan along, sepanduk haram diturunkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.