Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Ahli Parlimen Stampin dan Kuching gesa pelajar cemerlang SPM mohon ganjaran kecemerlangan
  • PENDIDIKAN

Ahli Parlimen Stampin dan Kuching gesa pelajar cemerlang SPM mohon ganjaran kecemerlangan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 DARI kiri Lesley Chong, Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan George Lam

KUCHING: Pusat khidmat DAP di Bandar Kuching dan Stampin memperkenalkan satu lagi inisiatif ganjaran bagi menghargai pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM 2025 di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Kuching, Dr Kelvin Yii berkata, program ini merupakan kesinambungan usaha tahunan yang dimulakan sejak 2023 bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar tempatan.

Di bawah skim ini, pelajar yang memperoleh 6A akan menerima RM200, manakala 7A menerima RM300 dan 8A menerima RM500.

Bagi pencapaian lebih tinggi, pelajar yang mendapat 9A akan menerima RM600, manakala mereka yang memperoleh 10A ke atas akan menerima RM700.

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media yang turut dihadiri Ahli Parlimen Stampin merangkap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Yii menjelaskan bahawa pemohon perlu mengisi borang pendaftaran secara dalam talian yang akan disediakan melalui platform media sosial rasmi pusat khidmat berkenaan.

Katanya, kelayakan hanya diberikan kepada pelajar yang alamat pada kad pengenalan terletak dalam kawasan Parlimen Bandar Kuching atau Stampin. Mereka yang tinggal di kawasan berkenaan tetapi tidak mempunyai alamat IC yang sepadan tidak layak memohon.

Sejak diperkenalkan, inisiatif ini menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun dengan hampir 400 pelajar menerima manfaat pada tahun lalu sahaja. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi kedua-dua kawasan Parlimen ini kini telah melebihi RM1 juta.

Permohonan bagi insentif tahun ini akan dibuka mulai esok dan ditutup pada 6 April 2026.

Oleh Connie Chieng

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pemerkasaan budaya Iban diperkukuh melalui penerbitan buku, kerjasama strategik
Next: Cuaca panas: IPTA boleh buat keputusan sendiri termasuk PDP secara dalam talian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.