Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Operasi samseng jalanan: Dua ditahan, 65 motosikal disita di Kuching
  • JENAYAH

Operasi samseng jalanan: Dua ditahan, 65 motosikal disita di Kuching

Utusan Sarawak 12 hours ago
POLIS menahan dua lelaki tempatan serta menyita puluhan motosikal dalam operasi membanteras aktiviti samseng jalanan di Kuching. Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis menahan dua lelaki tempatan serta menyita puluhan motosikal dalam operasi membanteras aktiviti samseng jalanan di bandar ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Alexson Naga Chabu berkata dua lelaki tempatan berusia antara 16 hingga 20 tahun telah ditahan, manakala dua motosikal dirampas kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu dijalankan dari 3.30 petang pada 29 Mac hingga 2.30 pagi keesokan harinya di kawasan Masja.

Menurutnya, operasi tersebut melibatkan tiga pegawai kanan polis dan 32 anggota daripada IPD Kuching.

“Operasi ini bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan serta memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas,” katanya.

Sepanjang operasi, seramai 118 individu dan 108 kenderaan diperiksa. Polis turut menyita 65 motosikal di bawah Seksyen 60 akta sama serta mengeluarkan 350 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Alexson menasihatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan dan tidak mengubah suai kenderaan daripada spesifikasi asal.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis Khas IPD Meradong
Next: Tujuh tangkapan kes dadah dilakukan di Lawas pada hujung minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.