Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 lampu jalan dipasang di tiga rumah panjang di Rantau Panjang tingkatkan keselamatan malam
  • Tengah
  • WILAYAH

15 lampu jalan dipasang di tiga rumah panjang di Rantau Panjang tingkatkan keselamatan malam

Utusan Sarawak 11 hours ago
 PENGERUSI Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie ketika mengetuai lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek tersebut hari ini.

SIBU: Sebanyak 15 lampu jalan telah dipasang di tiga kawasan rumah panjang di Rantau Panjang bagi meningkatkan keselamatan penduduk, khususnya pada waktu malam.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie berkata, pemasangan lampu jalan itu dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) khas Bawang Assan.

Beliau berkata, projek berkenaan telah dilaksanakan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan pemantauan oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS).

 PENGERUSI Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie ketika mengetuai lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek tersebut hari ini.

“Penduduk di Rh Franky Ak Bawok, Rh Peter Ak Dana (dahulunya dikenali sebagai Rh Chinda Ak Angkob) dan Rh Suria Ak Mat sebelum ini menyuarakan kebimbangan berhubung kekurangan pencahayaan di beberapa laluan pada waktu malam yang boleh menjejaskan keselamatan komuniti serta pengguna jalan raya.

“Melalui penyelarasan dan permohonan pelbagai pihak, peruntukan berjaya diperoleh bagi pemasangan 15 lampu jalan di tiga kawasan rumah panjang berkenaan dan projek ini telah disiapkan dengan lancar oleh pasukan SEB Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek tersebut serta mendapatkan maklum balas penduduk hari ini.

 PENGERUSI Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie ketika mengetuai lawatan tapak bagi meninjau pelaksanaan projek tersebut hari ini.

Menurutnya, kemudahan lampu jalan walaupun dilihat sebagai asas, namun memainkan peranan penting dalam meningkatkan keselamatan serta memberi ketenangan kepada penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa penduduk di kawasan terlibat agar bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjaga kemudahan awam serta mengelakkan perbuatan vandalisme demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati dalam jangka panjang.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kapitan Tan Ching Teck, serta ahli majlis Kaunselor Justin Wong Sing Ying dan Kaunselor Johnny Ganing.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nur Azhar dilantik semula setiausaha DUN Sarawak
Next: Saberkas Ba’kelalan, Centexs Lawas anjur program perkasa belia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.