Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor tingkat pemantauan kawasan berisiko pembakaran terbuka
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor tingkat pemantauan kawasan berisiko pembakaran terbuka

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemantauan di kawasan berisiko pembakaran terbuka pada semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menjalankan rondaan pemantauan kawasan berisiko pembakaran terbuka di Jalan Pasi dan Taman Tai Ming bagi memastikan keselamatan persekitaran sentiasa terpelihara serta bebas daripada sebarang aktiviti pembakaran terbuka, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan tersebut dilaksanakan sebagai langkah pencegahan awal bagi mengurangkan risiko kejadian kebakaran belukar khususnya ketika keadaan cuaca panas dan kering.

“Rondaan yang bermula sekitar 1.00 petang melibatkan kekuatan tiga orang anggota bomba yang menjalankan pemantauan dii kawasan yang dikenal pasti berisiko berlaku aktiviti pembakaran terbuka.

ANGGOTA bomba menjalankan pemantauan di kawasan berisiko pembakaran terbuka pada semalam. Foto BBP Bintangor

“Sepanjang rondaan dijalankan, kawasan pemantauan didapati berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, rondaan berkala seperti ini penting bagi memastikan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dapat dikesan lebih awal, sekali gus mengelakkan kejadian kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Kami akan terus mempergiatkan rondaan pemantauan di lokasi berisiko dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif dalam memastikan keselamatan di kawasan berisko sentiasa terpelihara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutama ketika keadaan cuaca panas kerana ia boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat dan sukar dikawal.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak kami mengekang kejadian kebakaran dengan menyalurkan maklumat segera sekiranya mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan masing-masing,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK tonggak kejayaan pelaksanaan projek pembangunan di DUN Kalaka
Next: Surau baharu Kampung Malaysia diluluskan, tingkat kemudahan penduduk setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.