Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kebakaran hutan di Daro, Tatau dan Sibu terkawal
  • KEBAKARAN

Kebakaran hutan di Daro, Tatau dan Sibu terkawal

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMANDANGAN udara menyasarkan sepanjang perimeter kebakaran bagi mengawal penularan api ke kawasan berhampiran di Kampung Penasu, Daro hari ini. Foto JBPM Sarawak

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan operasi pemadaman kebakaran hutan di tiga lokasi di bahagian tengah negeri itu menunjukkan perkembangan positif hasil tindakan bersepadu pasukan udara dan darat.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam kenyataan memaklumkan bagi operasi memadam kebakaran belukar di Kampung Penasuh di Daro, Mukah, sebuah helikopter Mi-171 bersama 12 kru digerakkan dari Pangkalan Udara Wilayah Sarawak di Miri pada 9.30 pagi tadi. 

“Pasukan udara telah melakukan operasi pengeboman air selama satu jam 30 minit dengan pelepasan air berjumlah kira-kira 40,000 liter, yang diperoleh dari Sungai Hulu Seredang.

“Operasi itu memberi tumpuan kepada kawasan perimeter kebakaran bagi mengawal api merebak. Penilaian risiko melalui pemantauan udara mendapati kebakaran berjaya dikawal, dibantu oleh kewujudan pemisah kebakaran (firebreak) di sekeliling kawasan terjejas,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pusat gerakan itu turut memaklumkan pemadaman kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai di Tatau, Bintulu, yang memasuki hari ketujuh turut berada dalam keadaan terkawal. 

Menurut kenyataan itu, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu unit pam jenis GP 10/10 dengan satu aliran sepanjang 200 kaki serta dua pancutan air ke kawasan hutan terjejas.

“Pasukan di lapangan turut membuat persediaan rapi dengan kelengkapan pemadaman manakala pemantauan bersama pihak pengurusan ladang mendapati keseluruhan kawasan kebakaran berada dalam keadaan terkawal.

“Lokasi kebakaran terletak kira-kira empat kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) dan turut dilengkapi pemisah kebakaran perparitan yang besar bagi menghalang api daripada terus merebak. Selain itu, pemantauan unit udara turut mengesahkan kebakaran semakin reda dan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, usaha pemadaman api di kebakaran belukar di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu yang memasuki hari ketiga tertumpu kepada kerja pemisah kebakaran dan pemadaman secara langsung di tiga sektor utama. 

Namun, keseluruhan kawasan kebakaran di Sibu yang dianggarkan seluas 16.4 hektar dengan peningkatan kecil kira-kira 0.4 hektar direkodkan hari ini, berjaya dipadam pada 4.00 petang susulan hujan lebat.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran musnahkan rumah di Kampung Baru Semarang, lima penghuni selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.