Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak disaran terus perkasa peranan, lahir pemimpin muda berwibawa
  • TEMPATAN

Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak disaran terus perkasa peranan, lahir pemimpin muda berwibawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
MERASMIKAN… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil (lima dari kanan) melakukan simbolik merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak sempena ulang tahun ke-12 penubuhan persatuan itu di Miri, semalam.

MIRI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Datuk Dr Penguang Manggil menggesa Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GDAS) supaya terus memperkukuh peranan sebagai platform inklusif dan progresif dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda berdaya saing.

Beliau berkata dalam era globalisasi, usaha menyeimbangkan pembangunan moden dengan pemeliharaan nilai serta tradisi warisan nenek moyang perlu diperkasa, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Generasi muda harus diberi ruang dan peluang untuk meneruskan legasi ini agar tidak luput ditelan zaman, selain memastikan identiti budaya terus dipelihara dalam arus pemodenan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak sempena ulang tahun ke-12 penubuhan persatuan itu di sini, malam tadi.

MERASMIKAN… Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil (lima dari kanan) melakukan simbolik merasmikan Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak sempena ulang tahun ke-12 penubuhan persatuan itu di Miri, semalam.

Menurut Peguang, sepanjang tempoh penubuhannya, persatuan berkenaan telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan komuniti Dayak selain memelihara warisan budaya serta memperkasa masyarakat, khususnya generasi muda.

Penguang turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan ahli persatuan dalam menjayakan pelbagai program melibatkan bidang keusahawanan, perniagaan dan kebudayaan.

“Ini membuktikan komuniti Dayak terus maju dengan semangat muafakat serta jati diri yang kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada persatuan itu atas kejayaan menganjurkan majlis berkenaan serta sambutan ulang tahun ke-12, yang menurutnya melambangkan perjalanan penuh cabaran dan pencapaian membanggakan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JBPM Sarawak perkukuh respons kecemasan, purata pencapaian NART 79 peratus
Next: Tun Wan Junaidi hadiri Majlis Kesyukuran Aidilfitri Agensi-Agensi Islam Sarawak 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.