Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Miri perkasa produk pelancongan, fokus naik taraf dan promosi strategik
  • Utara
  • WILAYAH

Miri perkasa produk pelancongan, fokus naik taraf dan promosi strategik

Utusan Sarawak 10 hours ago
HADIR…Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen  Miri, Chiew Choon Man hadir pada sesi libat urus bersama agensi pelancongan masuk (inbound), pemandu pelancong serta penganjur acara yang diadakan di Miri semalam. 

MIRI: Usaha memperkukuh industri pelancongan di sini akan dipergiat melalui penambahbaikan produk sedia ada serta strategi promosi yang lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, keutamaan kini diberikan kepada maklum balas pemain industri tempatan bagi memastikan pembangunan sektor itu lebih relevan dengan kehendak pasaran.

Menurut beliau, sesi libat urus bersama agensi pelancongan masuk (inbound), pemandu pelancong serta penganjur acara yang diadakan semalam membuka ruang kepada perbincangan menyeluruh mengenai potensi sebenar Miri sebagai destinasi pelancongan.

“Berdasarkan pandangan pemain industri, Miri mempunyai kelebihan dalam ekopelancongan, aktiviti selam skuba serta golf yang mampu menjadi tarikan utama pelawat.

“Dua keutamaan dikenal pasti iaitu menaik taraf produk pelancongan sedia ada serta memposisikan pengalaman pelancongan terbaik Miri secara strategik dalam usaha promosi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chiew berkata, pembentukan produk pelancongan berjenama dan dikenali ramai penting bagi meningkatkan reputasi Miri di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memberi tumpuan membantu sektor awam dan swasta dalam membangunkan produk baharu serta menambah baik produk sedia ada agar kekal berdaya saing dan memenuhi jangkaan pelancong.

Dalam pada itu, beliau turut merancang untuk menghubungkan agensi pelancongan Sarawak dengan pengendali pelancongan luar negara melalui inisiatif rangkaian perniagaan ke perniagaan (B2B).

“Melalui platform ini, kita boleh menarik pengendali pelancongan dari pasaran sasaran luar negara untuk bekerjasama membangunkan pakej pelancongan yang menarik sekali gus meningkatkan kedatangan pelancong asing ke Miri,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menggalakkan penganjuran lebih banyak acara termasuk festival dan konsert antarabangsa sebagai usaha merancakkan lagi sektor pelancongan tempatan.

“Segala usaha ini bertujuan memaksimumkan potensi pelancongan Miri dan seterusnya meletakkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan yang dinamik di rantau ini,” ujarnya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Projek tangki air RM30 juta atasi tekanan air di Samarindah
Next: Ahmad Johnie gesa masyarakat hayati semangat saling memaafkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.