Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Narum eratkan perpaduan penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Narum eratkan perpaduan penduduk

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Dr Penguang Manggil memotong Kek Raya sempena Ramah Tamah AidilFitri di Kampung Narum Marudi. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Lebih 100 penduduk Kampung Narum hadir memeriahkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berlangsung di balai raya kampung tersebut hari ini.

Dalam ucapannya, Penguang merakamkan penghargaan kepada pihak JKKK atas kejayaan menganjurkan majlis tersebut serta menekankan kepentingan mengekalkan budaya seumpama itu dalam kalangan masyarakat.

“Ini adalah sesuatu yang harus kita banggakan. Saya berharap majlis seperti ini menjadi landasan untuk kita bekerjasama dan bersatu dalam mengekalkan budaya serta kepercayaan kita,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa perpaduan antara kaum perlu terus dipelihara kerana ia menjadi asas kepada keharmonian masyarakat tanpa mengira bangsa, budaya dan pegangan agama.

  AIDILFITRI…Penguang bersama isteri Datin Monica bersama penduduk kampung menjamu selera di Majlis Ramah Aidilfitri. Foto Jiku Juguong

Dalam pada itu, Penguang berkata sempena sambutan Hari Raya tahun ini, beliau telah mengunjungi beberapa kediaman golongan B40 bagi mendekati mereka serta memahami isu yang dihadapi.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa projek pembinaan jalan baharu Miri–Marudi kini sedang giat dilaksanakan.

Sehubungan itu, beliau berharap pemilik tanah yang terlibat dapat memberikan kerjasama penuh agar projek tersebut berjalan lancar dan seterusnya merancakkan pembangunan di daerah berkenaan.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil bersama isterinya, Datin Monica Ukong Jaya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: 32 NGO di Parlimen Sarikei terima peruntukan MRP
Next: 93 peratus projek bekalan air Sarawak siap, hampir RM7 bilion diperuntuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.