Kebakaran gambut Tatau terkawal pada hari ketujuh operasi

Facebook
WhatsApp
SEKITAR operasi pemantauan hari ketujuh kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai.

TATAU: Kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai di sini dilaporkan berada dalam keadaan terkawal pada hari ketujuh operasi pemadaman hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, pemantauan yang dijalankan di sekitar kawasan mendapati tiada penularan baharu dikesan setakat ini.

SEKITAR operasi pemantauan hari ketujuh kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai.

“Pemantauan bersama pihak pengurusan ladang mendapati keseluruhan kawasan kebakaran berada dalam keadaan terkawal,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman dan pemantauan masih diteruskan oleh BBP Tatau dengan bantuan anggota dari beberapa balai berhampiran bagi memastikan tiada lagi titik panas yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

SEKITAR operasi pemantauan hari ketujuh kebakaran tanah gambut di Kuala Tatau Serupai.

Selain JBPM, operasi turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pekerja ladang di kawasan terlibat.

Operasi dijangka diteruskan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Oleh Shahrul Qaizat

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis