Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera selepas kereta dipandu langgar lori penyapu jalan
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera selepas kereta dipandu langgar lori penyapu jalan

Utusan Sarawak 9 hours ago
ROSAK…Keadaan kereta  mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori penyapu jalan dalam kejadian berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pagi tadi.Foto BBP Miri Sentral.

MIRI: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori penyapu jalan dalam kejadian berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar 9.12 pagi itu melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh bahagian belakang lori tersebut.

CEDERA…Mangsa dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut. Foto BBP Miri Sentral.

Mangsa tidak tersepit dan berada dalam keadaan stabil, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di lokasi bertindak memberikan rawatan awal dengan memasang alat sokongan leher sebelum menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Operasi itu tamat sepenuhmya sekitar jam 9.32 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tragedi sungai: Remaja hilang dibaham buaya ditemui maut
Next: Lima maut digilis kereta api di Bangladesh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.