Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Elak pembakaran terbuka – Ketua Polis Daerah Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

Elak pembakaran terbuka – Ketua Polis Daerah Marudi

Utusan Sarawak 9 hours ago
DSP Nor Aizan Mohd Jamil dan isteri Asmawati Alias menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Jamuan Aidilfitri Ibut Pejabat Polis Daerah Marudi. Foto : Jiku Juguong.

MARUDI : Ketua Polis Daerah Marudi (KPD), DSP Nor Aizan Moha Jamil mengingatkan warga Marudi tentang isu pembakaran secara terbuka tanpa kebenaran.

Katanya cuaca sekarang yang panas dan kering amat mudah menyebabkan api merebak dengan cepat dan tidak terkawal sehingga boleh menyebabkan peningkatan risiko jerebu dan kebakaran yang tidak terkawal hingga boleh memudaratkan kesihatan penduduk setempat.

Beliau mengesa masyarakat setempat agar lebih peka terhadap isu pembakaran terbuka yang boleh memudaratkan kepada semua.

DSP Nor Aizan Mohd Jamil dan isteri Asmawati Alias menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Jamuan Aidilfitri Ibut Pejabat Polis Daerah Marudi. Foto : Jiku Juguong.

“Saya mohon agar semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan menyampaikan pesanan larangan pembakaran terbuka ini kepada masyarakat dan penduduk setempat,” katanya.

Tegas beliau sekiranya berlaku aktiviti pembakaran secara terbuka dan tidak terkawal diminta menghubungi kepada pihak yang berwajib dengan segera.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu memainkan peranan dalam menangani isu pembakaran secara terbuka khususnya di daerah ini demi kesejahteraan keselamatan dan kesihatan bersama,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Ibu Pejabat Polis (IPD) Marudi diadakan di perkarangan IPD Marudi hari ini.

DSP Nor Aizan Mohd Jamil dan isteri Asmawati Alias menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak di Majlis Jamuan Aidilfitri Ibut Pejabat Polis Daerah Marudi. Foto : Jiku Juguong.

Dalam pada itu di majlis tersebut beliau berharap pada Syawal yang mulia ini membawa rahmat, keberkatan, kesejahteraan dan memperkukuhkan lagi hubungan silatulrahim serta semangat perpaduan dalam kalangan semua pihak.

Tambahnya majlis seperti ini bukan sahaja menjadi platform untuk kita meraikan kemenagan setelah sebulan berpuasa malah sebagai wadah untuk memperkukuhkan semangat kekitaan, kerjsama dan keharmonian dalam pasukan bersama masyarakat setampat.

Beliau juga ingin merkamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga IPD Marudi atas komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan ketenterman awam.

“Pengorbanan dan dedikasi semua warga IPD Marudi termasauk yang bertugas semasa musim perayaan amatlah dihargai,” tambah beliau.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TYT Sarawak teruskan kunjungan rumah terbuka Aidilfitri di Sibu
Next: TYT ziarah Aidilfitri kediaman Temenggong Wan Hamid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.