Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (ECI) dilancarkan secara rasmi di Taska Methodist Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (ECI) dilancarkan secara rasmi di Taska Methodist Sibu

Utusan Sarawak 10 hours ago
 PELANCARAN…Lau (kanan) dan Ting melakukan simbolik pelancaran Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (ECI) sebagai usaha memperkukuhkan intervensi awal bagi perkembangan kanak-kanak.

SIBU: Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (ECI) dilancarkan secara rasmi di Taska Methodist Sibu, petang tadi, sebagai langkah penting dalam menyokong perkembangan kanak-kanak kecil yang mempunyai keperluan khas.

Majlis pemberkatan telah disempurnakan oleh Presiden Persidangan Tahunan Cina Sarawak (SCAC) Reverend Dr Lau Hui Ming.

Suasana majlis tersebut mencerminkan komitmen bersama komuniti dalam memupuk dan memperkasa kanak-kanak serta keluarga melalui pendekatan yang prihatin dan inklusif.

UNTUK KENANGAN…Lau (tujuh kanan) merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Pemberkatan ECI di Taska Methodist Sibu petang tadi.

Program ECI ini direka khas untuk menyokong kanak-kanak berumur dari lahir hingga empat tahun yang mempunyai keperluan perkembangan.

Berteraskan pendekatan berpusatkan keluarga, berasaskan kekuatan serta inklusif, program ini memberi tumpuan kepada memperkasa keluarga sambil mengembangkan potensi setiap kanak-kanak.

Ia turut menekankan kerjasama antara penjaga, pendidik dan profesional bagi memastikan kanak-kanak dapat mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan harian.

Sepanjang majlis, doa dan pemberkatan telah dilakukan bagi mendedikasikan program tersebut kepada para fasilitator serta keluarga yang bakal menerima manfaat.

Pelancaran program ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam mempromosikan inklusiviti dan penjagaan holistik dalam komuniti.

Dengan sokongan pemimpin, pendidik dan keluarga, program ini diharap dapat mewujudkan persekitaran yang kondusif agar setiap kanak-kanak berpeluang berkembang dan mencapai potensi sepenuhnya.

Turut hadir ialah wakil Wanita SCAC Ting Mie Ching, pengurus pusat Jasmine Tiong dan ahli jawatankuasa pengurusan pusat.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: IPD Bau anjur kebaktian Kristian sempena Hari Polis ke-219
Next: Kelvin yii menyeru pembaharuan pengundian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.