Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat Gala turun padang tinjau projek RTP di Bario
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat Gala turun padang tinjau projek RTP di Bario

Utusan Sarawak 6 hours ago
TURUN PADANG…Datuk Gerawat meninjau beberapa projek RTP di Bario.

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, turun padang mengadakan lawatan kerja ke Bario hari ini bagi meninjau kemajuan pelaksanaan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta projek agensi kerajaan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, berkata lawatan tersebut penting bagi memastikan setiap projek dilaksanakan mengikut jadual serta memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Lawatan dimulakan dengan meninjau projek RTP di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) melibatkan naik taraf jalan berturap batu kelikir dari Pa Remapuh A ke Bario Asal. Projek bernilai RM740,000 itu telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2026 seperti yang dijadualkan.

Menurut beliau, projek tersebut dijangka meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya selain memudahkan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

Seterusnya, beliau meninjau projek pembinaan pembentung di Kampung Padang Pasir yang melibatkan tiga unit pembentung dengan kos keseluruhan RM80,000. Projek itu telah siap sepenuhnya dan dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk setempat.

Beliau menyifatkan kerjasama komuniti dalam menjayakan projek berkenaan sebagai contoh semangat kebersamaan dalam membangunkan kawasan luar bandar.

Lawatan kemudian diteruskan ke projek menaik taraf jalan menuju ke Taska KEMAS Padang Pasir yang telah siap pada 26 November 2025 dengan kos RM200,000.

Katanya, projek itu penting bagi memastikan akses yang lebih selamat dan selesa kepada kanak-kanak, ibu bapa serta tenaga pengajar yang menggunakan kemudahan tersebut.

Beliau turut melawat projek menaik taraf jalan Kampung Baru yang dilaksanakan melalui peruntukan RTP ADUN Mulu berjumlah RM90,000.

Bagaimanapun, projek itu didapati mengalami sedikit kelewatan.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak kontraktor dapat mempercepatkan kerja-kerja pelaksanaan agar projek tersebut dapat disiapkan segera demi kemudahan penduduk.

Tegas beliau, pemantauan rapi akan terus dilakukan bagi memastikan setiap projek pembangunan di kawasan DUN Mulu dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

Tambahnya, pembangunan infrastruktur yang baik bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup masyarakat, malah membuka lebih banyak peluang ekonomi khususnya di kawasan luar bandar.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Fanatic Pickleball Club diiktiraf rasmi, perkukuh pembangunan sukan di Sibu
Next: MBKS ambil tindakan segera atasi masalah longkang tersumbat di Jalan Pecky

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.