Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan kes curi besi di Bintulu
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan kes curi besi di Bintulu

Utusan Sarawak 8 hours ago
DUA lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siasatan kes kecurian besi dalam operasi di Batu 5, Jalan Bintulu-Sibu, baru-baru ini.

BINTULU: Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes kecurian besi dalam satu operasi yang dijalankan di Batu 5, Jalan Bintulu-Sibu di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 49 dan 55 tahun itu ditahan sekitar jam 1.30 petang di belakang sebuah kedai makan hasil operasi Op Lusuh yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

Turut dirampas sebuah van jenis Toyota serta beberapa barang kes termasuk besi penutup parit dan resit jualan bagi membantu siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku mencuri besi penutup parit dan tong air sebelum menjualnya di premis barangan lusuh,” katanya dalam kenyataan.

Semakan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Bintulu bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK).

Nixon berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah harta benda dan akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka serta menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan pergerakan individu mencurigakan bagi memastikan keselamatan dan keharmonian masyarakat di daerah ini terus terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Kuching tahan dua lelaki dalam serbuan berasingan
Next: Gudang ‘sorok’ diesel kantoi, 800 liter dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.