Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 15 maut bas terjatuh daripada feri di Bangladesh
  • GLOBAL

15 maut bas terjatuh daripada feri di Bangladesh

Utusan Sarawak 6 hours ago

DHAKA: Sekurang-kurangnya 15 terbunuh selepas bas penumpang terjunam ke dalam sungai daripada sebuah feri di Bangladesh, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik pegawai pada Rabu.

Bas yang membawa kira-kira 40 penumpang itu terjatuh ke dalam Sungai Padma pada sebelah petang di Terminal Feri Daulatdia di daerah Rajbari yang terletak lebih 60 kilometer ke barat ibu kota Dhaka.

Insiden berlaku ketika kenderaan itu menaiki feri yang direka untuk mengangkut bas dan kenderaan lain. 

Kebanyakan mangsa ditemui terperangkap di dalam bas berkenaan selepas kenderaan itu dibawa keluar daripada dasar sungai pada lewat petang, kata pegawai Jabatan Kecemasan Perkhidmatan Bomba dan Pertahanan Awam, Dewan Sohel Rana.

Tujuh wanita dan dua kanak-kanak antara yang maut, tambahnya.

Penyelam daripada Jabatan Bomba dan Pertahanan Awam serta agensi lain melancarkan operasi menyelamat sejurus selepas kemalangan itu.

 Pasukan penyelamat mengambil masa lebih lima jam untuk mengangkat bas yang telah karam daripada kedalaman kira-kira 20 meter. 

Monir Hossain, penyelia pengangkutan di terminal feri, berkata hanya beberapa penumpang berjaya berenang ke darat, manakala kebanyakan mereka yang berada di dalam bas itu sama ada meninggal dunia atau hilang.

“Bas itu jatuh ke dalam sungai di hadapan mata kami, tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata nahas itu mungkin berlaku kerana feri tersebut melanggar pontun terminal dengan kuat sehingga menyebabkan pemandu bas hilang kawalan.

Sebuah video memaparkan sebuah bas yang dalam perjalanan ke Dhaka dari daerah barat Kustia, jatuh ke dalam sungai tular di media sosial.

Kerajaan telah menugaskan panel pakar untuk menyiasat punca kemalangan itu, kata Sultana Akhter, ketua pentadbiran daerah.

Kira-kira enam atau tujuh daripada 40 penumpang telah turun daripada bas ketika menaiki feri, katanya menurut keterangan saksi.

Empat penumpang diselamatkan, tambah Akhter, manakala penumpang selebihnya hilang.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Tiga maut dalam banjir di selatan Afghanistan
Next: Peluncur ski keempat maut susulan salji runtuh di South Tyrol, Itali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.