Ahmad Johnie santuni penduduk Kuala Matu

Facebook
WhatsApp
BERSAMA RAKYAT.…Ahmad Johnie menyantuni masyarakat Kuala Matu menerusi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran AJK Masjid Darul Iman Kampung Kuala Matu, semalam

MATU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni masyarakat Kuala Matu menerusi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Darul Iman Kampung Kuala Matu, semalam.

Dalam ucapannya, Ahmad Johnie menegaskan bahawa sambutan Aidilfitri bukan sekadar ruang untuk saling bermaafan, malah menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat.

BERSAMA RAKYAT.…Ahmad Johnie menyantuni masyarakat Kuala Matu menerusi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran AJK Masjid Darul Iman Kampung Kuala Matu, semalam

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan hiasan lampu raya rumah sebagai tanda penghargaan terhadap kreativiti dan semangat masyarakat dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Majlis itu turut memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra dan bertemu dengan rakan-rakan serta penduduk kampung, sekali gus mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Oleh Akun Giman