Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 112 kenderaan diperiksa semasa Ops HRA JPJ Miri
  • Utara
  • WILAYAH

112 kenderaan diperiksa semasa Ops HRA JPJ Miri

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERIKSA..Sebahagian daripada 112 kenderaan pelbagai jenis yang telah diperiksa oleh anggota penguat kuasa dalam Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 di sekitar bandar Miri. Foto JPJ Sarawak

MIRI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak melalui JPJ Cawangan Miri terus mempergiat pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 dengan menjalankan rondaan dan pemantauan berterusan di sekitar bandar ini.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, operasi tersebut bertujuan memastikan tahap keselamatan jalan raya sentiasa terjamin di samping meningkatkan pematuhan pengguna terhadap undang-undang lalu lintas, khususnya menjelang musim perayaan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 112 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa oleh anggota penguat kuasa.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan oleh pengguna jalan raya, antaranya tidak memiliki lesen memandu, membawa muatan secara berbahaya, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta lain-lain kesalahan melibatkan aspek teknikal kenderaan, kata kenyataan itu hari ini.

JPJ Sarawak menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta mengutamakan aspek keselamatan dalam setiap perjalanan, terutama sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Hospital Sibu: orang ramai digesa tampil derma darah
Next: KPDN Miri serbu stesen minyak disyaki seleweng diesel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.