Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rangkaian jalan baharu dijangka lancar trafik Matang–Batu Kawa
  • Selatan
  • WILAYAH

Rangkaian jalan baharu dijangka lancar trafik Matang–Batu Kawa

Utusan Sarawak 7 hours ago
KENANGAN…Dato Fazzrudin Abdul Rahman merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Petra Jaya, hari ini. Foto Norman B

PETRA JAYA: Pembangunan di kawasan Tupong akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keperluan rakyat sentiasa diberi perhatian.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pembangunan di kawasan tersebut dilaksanakan berasaskan tiga pendekatan utama iaitu menyediakan kemudahan yang belum ada, memantau kemudahan sedia ada serta membaik pulih infrastruktur yang telah lama digunakan.

Dalam pada itu, beliau berkata cadangan pembinaan jalan baharu yang menghubungkan Jalan Matang–Batu Kawa terus ke Bulatan Emart menjadi antara fokus utama pembangunan yang akan terus diperjuangkan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, pembinaan jalan baharu yang dicadangkan itu amat penting dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas yang menjadi antara cabaran utama penduduk di kawasan tersebut.

DITEMUI MEDIA…Dato Fazzrudin Abdul Rahman ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Petra Jaya, hari ini. Foto Norman B

“Saya telah memohon dan akan terus mengikuti perkara ini bagi memastikan projek tersebut diluluskan demi masyarakat di kawasan Tupong,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau yang berlangsung di Dewan Hikmah, di sini hari ini.

Tambah beliau, walaupun Jalan Matang sedang dinaik taraf dan diperbesarkan, langkah itu mungkin masih belum mencukupi untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah kesesakan sekiranya aliran trafik tidak dipelbagaikan melalui jaringan jalan baharu.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri serta kenamaan lain.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: MBKS ambil tindakan segera, lubang Jalan Padungan ditampal sementara
Next: Penduduk di Rumah Mon nikmati kemudahan parit baharu, atasi masalah banjir kilat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.