Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan peningkatan Wall Street
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan peningkatan Wall Street

Utusan Sarawak 12 hours ago
BURSA Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan peningkatan semalaman Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran untuk menyerang loji janakuasa dan infrastruktur Iran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.97 mata atau 0.17 peratus kepada 1,723.68 daripada 1,720.71 ketika ditutup pada Khamis lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 11.38 mata kepada 1,732.09.

Bagaimanapun, pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan 316 kaunter untung mengatasi 94 kaunter rugi manakala 273 kaunter tidak berubah, 2,082 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 157.08 juta saham bernilai RM185.17 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata beliau percaya Bursa Malayasia masih mendapat sokongan dengan baik, justeru beliau menjangkakan indeks akan berada dalam lingkungan 1,715-1,730 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.90, manakala CIMB menambah empat sen kepada RM7.91, IHH Healthcare menokok lapan sen kepada RM9.11, bagaimanapun Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM14.22, manakala Maybank tidak berubah pada RM11.60.

Bagi saham aktif, Sunway Healthcare naik satu sen kepada RM1.91, Zertix AI susut 2.5 sen kepada 76 sen dan Bumi Armada berkurangan setengah sen kepada 32.5 sen, manakala TWL meningkat 0.5 sen kepada 2.5 sen dan AirAsia X melonjak empat sen kepada RM1.27.   

Kaunter paling untung menyaksikan Press Metal Aluminium naik 12 sen kepada RM7.89, Malayan Cement meningkat 11 sen kepada RM6.61, manakala SD Guthrie dan Sam Engineering & Equipment menambah sembilan sen masing-masing kepada RM5.99 dan RM3.19, Kelington Group menokok lapan sen kepada RM5.08.    

Kaunter paling rugi, Nestle merosot 82 sen kepada RM99.58, United Plantations susut 54 sen kepada RM34.28, Tradeplus Shariah Gold Tracker berkurangan 42 sen kepada RM5.34, Hong Leong Industries merosot 40 sen kepada RM16.70 dan Hong Leong Bank berkurangan 32 sen kepada RM22.56.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 merosot 19.27 mata kepada 12,369.52, Indeks FBM Emas susut 24.18 mata kepada 12,514.62, Indeks FBM ACE menguncup 23.93 mata kepada 4,380.36, Indeks FBM 70 merosot 208.89 mata kepada 16,934.09 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 13.15 mata kepada 12,254.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 38.20 mata kepada 20,640.92, Indeks Tenaga merosot 9.26 mata kepada 784.55, Indeks Perladangan meningkat 17.08 mata kepada 8,705.98, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.23 mata kepada 183.39.

– Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda
Next: Ringgit susut kepada RM3.95 sedolar akibat ketidaktentuan perang AS-Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.