Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah terbuka Shell Malaysia erat kerjasama sektor tenaga
  • Selatan
  • WILAYAH

Rumah terbuka Shell Malaysia erat kerjasama sektor tenaga

Utusan Sarawak 8 hours ago
TUN Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Shell Malaysia di Kuching. Foto Adele Rissa

KUCHING: Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menyerikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Shell Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Majlis yang menghimpunkan lebih 400 tetamu terdiri daripada rakan industri, pemegang taruh serta warga kerja syarikat itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik, khususnya dalam sektor tenaga yang menjadi tunjang pembangunan ekonomi negara.

Lebih daripada sekadar sambutan perayaan, penganjuran majlis tersebut turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan serta perkongsian aspirasi antara pemain industri dan pihak kerajaan, sekali gus memperkukuh kerjasama ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya tahan.

KETIBAAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof (tengah) pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Shell Malaysia di sebuah hotel terkemuka di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

Penganjuran seumpama ini dilihat selari dengan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta, khususnya dalam memperkasa industri tenaga sebagai pemacu utama pembangunan negara.

Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Felicia Tan Ya Hua.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemeriksaan trafik lancar di bawah Op Selamat 26 di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.