Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemeriksaan trafik lancar di bawah Op Selamat 26 di Bau
  • Selatan
  • WILAYAH

Pemeriksaan trafik lancar di bawah Op Selamat 26 di Bau

Utusan Sarawak 8 hours ago
BAU kawal kenderaan

BAU: Sebanyak 48 kenderaan dan 59 individu diperiksa dalam operasi ‘snap check’ serta rondaan pencegahan jenayah yang dijalankan di Jalan Bau dan Batu Kawa, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman berkata, operasi di bawah Op Selamat 26 itu melibatkan empat anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

“Sepanjang operasi, sebanyak sembilan saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas. Antara kesalahan dikesan termasuk pengubahsuaian ekzos, tidak memakai tali pinggang keledar, cukai jalan tamat tempoh, ketiadaan cermin sisi serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,” katanya.

BAU kawal kenderaan

Beliau berkata tiada tangkapan atau kejadian tidak diingini dilaporkan, dan operasi berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang baik.

Mohd Haide turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas serta mengutamakan keselamatan.

“Ingatlah orang tersayang yang menunggu kepulangan kita dengan selamat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemimpi masyarakat sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan
Next: Rumah terbuka Shell Malaysia erat kerjasama sektor tenaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.