Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PSS rancang sambutan jubli 75 tahun pada 2027
  • Tengah
  • WILAYAH

PSS rancang sambutan jubli 75 tahun pada 2027

Utusan Sarawak 8 hours ago
UNTUK ALBUM…Lee (duduk, lima kanan) dan ahli-ahli merakamkan kenangan semasa AGM di Sibu, malam tadi.

SIBU: Persatuan Fotografi Sibu Sarawak (PSS) mula merangka persiapan awal bagi menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-75 pada 2027, sebagai usaha memastikan sambutan bersejarah itu berlangsung dengan penuh makna.

Presidennya Peter Lee berkata, jawatankuasa persatuan komited menyusun pelbagai program dan aktiviti bagi memeriahkan sambutan jubli berkenaan selain menghargai sumbangan ahli sejak penubuhannya.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat signifikan bagi PSS. Oleh itu, persiapan rapi akan dilakukan agar sambutan ini dapat diraikan dengan sebaiknya oleh seluruh ahli,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSS di sini malam tadi.

Menurut beliau, sejak penubuhannya, PSS terus berkembang hasil sokongan padu ahli serta komitmen jawatankuasa dalam menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan fotografi.

TAHNIAH…Lee (kiri) menyaksikan Tiong (dua kiri) menyerahkan piala kepada ahlinya yang memenangi peraduan fotografi yang dianjurkan PSS pada AGM mereka di Sibu, malam tadi.

Beliau berkata bagi memperkukuh peranan persatuan, PSS akan memperbanyakkan program seperti bengkel, pameran, pertandingan dan lawatan fotografi bagi meningkatkan kemahiran serta mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli.

Dalam pada itu, Lee berkata PSS kekal sebagai platform inklusif yang memberi peluang kepada semua peringkat, sama ada jurugambar baharu mahupun berpengalaman, untuk belajar, berkongsi idea dan menonjolkan kreativiti.

Beliau turut menggalakkan ahli memohon keahlian seumur hidup sebagai tanda komitmen berterusan terhadap perkembangan persatuan.

Pada masa sama, satu cadangan turut dikemukakan untuk memperkenalkan Piala Niblett sebagai penghormatan kepada pengasas PSS, Dr D.H. Niblett.

Lee berkata, anugerah tersebut bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap jasa tokoh berkenaan, malah berperanan menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam kalangan ahli.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli atas sokongan berterusan dan menggesa agar semangat kerjasama diperkukuhkan demi membawa PSS ke tahap lebih cemerlang menjelang ulang tahun bersejarah itu.

Turut hadir Penasihat PSS Roger Tiong.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Persatuan Kayan Sarawak jadi penghubung aspirasi masyarakat Kayan
Next: Kelab Komuniti Selepong berganding bahu jayakan gotong-royong Perdana 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.