Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Stor baja terbakar di SK Koran, orang awam padam api lebih awal
  • KEBAKARAN

Stor baja terbakar di SK Koran, orang awam padam api lebih awal

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran stor penyimpanan baja di Sekolah Kebangsaan Koran, Serian bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula. Foto JBPM

SERIAN: Sebuah stor penyimpanan baja di Sekolah Kebangsaan Koran di sini, terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.13 malam. 

Menurutnya, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian pada 7.27 malam, didapati kebakaran melibatkan sebuah stor yang digunakan sebagai tempat penyimpanan baja.

“Anggaran keluasan stor tersebut adalah sekitar 10 x 6 kaki persegi dan dianggarkan 60 peratus telah terbakar.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran stor penyimpanan baja di Sekolah Kebangsaan Koran, Serian bagi memastikan tiada sisa api yang boleh mencetuskan kebakaran semula. Foto JBPM

“Kebakaran bagaimanapun telah berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan air sebelum ketibaan PKO di lokasi,” kata Komander Operasi PBK II (TBK I) Bilong Lusat dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba hanya menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada lagi sisa api atau punca kebakaran yang boleh mencetuskan kejadian berulang.

Operasi dilaporkan terkawal pada 7.33 malam dan tamat sepenuhnya pada 7.55 malam. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

Oleh Adele Rissa

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tuie, dua kediaman bersebelahan turut terjejas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.