Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lama tunggu feri, masyarakat di Daro pula beratur panjang di stesen minyak Petros
  • SEMASA

Lama tunggu feri, masyarakat di Daro pula beratur panjang di stesen minyak Petros

Utusan Sarawak 5 hours ago
Kereta berbaris panjang ke arah stesen minyak Petros di Daro. Gambar ihsan pembaca

DARO: Selain keperitan menunggu lama di pangkalan feri Batang Paloh, orang ramai di sini turut berbaris untuk mengisi minyak di Stesen Minyak Petros Daro.

Ini berikutan orang ramai yang balik cuti Hari Raya.

“Saya menunggu giliran lebih 40 minit untuk mengisi minyak petang tadi,” kata seorang pengguna.

Katanya, kereta masih berbaris panjang di belakangnya yang mungkin mengambil masa sejam sebelum sampai di pam Petros.

Barisan panjang juga dilaporkan di stesen Petros Halud di Matu.

Sebelum Hari Raya dan sekarang pun, orang ramai masih menunggu lama di pangkalan feri Paloh sama ada dari Sibu/Sarikei ke Daro atau sebaliknya.

Berdasarkan info di media sosial, kesesakan berlaku dari arah Sarikei/Sibu di feri Paloh semalam dan hari ini.

Bagaimanapun, keadaan tidak seteruk seperti tahun lalu berikutan siapnya jam jambatan Batang Igan sebelum sambutan Aidilfitri.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aduan harga mengelirukan, KPDN ambil tindakan tegas terhadap premis makanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.