Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ribuan banjiri rumah terbuka Awang Tengah di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Ribuan banjiri rumah terbuka Awang Tengah di Lawas

Utusan Sarawak 10 hours ago
SUASANA MERIAH…majlis rumah terbuka Awang Tengah dan Dayang Morliah meriah dengan kunjungan ramai daripada Lawas, Limbang, Brunei dan luar daerah Lawas lain termasuk China dan Kuching.

LAWAS: Ribuan masyarakat berbagai kaum dan latar belakang membanjiri majlis rumah terbuka Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Hotel Seri Malaysia Lawas hari ini.

Kehadiran orang ramai mula diterima seawal jam 9:00 pagi yang disambut oleh Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.

Ini disusuli dengan ketibaan Awang Tengah bersama isteri Dato Dayang Morliah Datuk Hj Awang Daud dan ahli keluarga lain menjelang lewat pagi.

SUASANA MERIAH…majlis rumah terbuka Awang Tengah dan Dayang Morliah meriah dengan kunjungan ramai daripada Lawas, Limbang, Brunei dan luar daerah Lawas lain termasuk China dan Kuching.

Terdahulu, Awang Tengah menghadiri pengebumian anak saudara perempuan beliau allahyarhamah Siti Masdiana Ali Omar di tanah perkuburan Islam Pulau Sari yang telah meninggal dunia pada subuh hari Ahad.

Sejurus itu, beliau terus menyambut ribuan masyarakat Lawas, rakan dan kenalan daripada negara Brunei, Sabah, Limbang dan Miri.

Ratusan pengunjung daripada luar daerah Lawas mendedahkan mereka terpaksa berdepan barisan sepanjang lima kilometer untuk memasuki sempadan Brunei dan Lawas di Pos Imigresen Mengkalab, Trusan.

SUASANA MERIAH…majlis rumah terbuka Awang Tengah dan Dayang Morliah meriah dengan kunjungan ramai daripada Lawas, Limbang, Brunei dan luar daerah Lawas lain termasuk China dan Kuching.

Bagi pengunjung daripada Sabah pula terpaksa mengharungi barisan deretan kenderaan sepanjang tiga kilometer memasuki daerah Lawas.

Ini semua diharungi mereka sekadar untuk bersalaman dan beramah mesra dengan Awang Tengah dan keluarga.

Majlis rumah terbuka Timbalan Premier Sarawak itu berlangsung dua hari iaitu hari Ahad daripada 9.00 pagi hingga 5.00 petang diikuti hari Isnin pada waktu yang sama.

Dijangka kunjungan rumah terbuka ini akan bertambah ramai menjelang cuti umum pada esok(Isnin) kerana ramai dijangka pengunjung luar Lawas akan ramai tiba pada malam ini.

Malahan semua tempat penginapan dan hotel di Lawas telah penuh untuk malam ini sehingga hujung minggu ini.

Turut hadir mengiringi Awang Tengah ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ahli Dewan undangan Batu Danau Datuk Paulus Palu Gumbang dan kenamaan lain daripada negara Brunei dan negeri.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gerawat berkunjung Hari Raya ke kampung masyarakat Kiput Islam
Next: Remaja lemas di Sungai Bangkit, mayat ditemui penduduk kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.