Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gerawat berkunjung Hari Raya ke kampung masyarakat Kiput Islam
  • Utara
  • WILAYAH

Gerawat berkunjung Hari Raya ke kampung masyarakat Kiput Islam

Utusan Sarawak 9 hours ago
  DATUK Gerawat Gala merakam gambar kenangan bersama penduduk Kampung Seberang Lunbok Nibong semasa kunjugan Hari Raya. Foto : Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak ( Buruh, Imigresen dan Pembangunan Projek ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkunjung Hari Raya  ke kampung Seberang Lubok Nibong sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Semasa berkunjung ke Kampung tersebut beliau disambut mesra oleh Ketua Kampung (KK) Madlie Moss dan penduduk kampung berkenaan yang satu-satunya kampung masyarakat Kiput Islam bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Katanya, sambutan penduduk kampung di sini menunjukkan semangat perpaduan dan kemesraan yang sangat beliau hargai.

TERIMA KASIH… Datuk Gerawat Gala menyampaikan sumbangan duit raya kepada Ketua Kampung Seberang Lubok Nibong KK Madeli Moss. Foto : Jiku Juguong

Gerawat menegaskan, kunjungan beliau ke kampung ini merupakan satu tradisi yang sentiasa beliau banggakan setiap kali sambutan perayaan Hari Raya.

“Ini juga memberi peluang kepada saya untuk bertemu, bertanya khabar serta mengeratkan hubungan silatulrahim bersama komuniti setempat,” katanya.

Beliau amat gembira kerana sambutan Hari Raya tahun ini lebih bermakna kepada penduduk Kampung Seberang Lubok Ninong kerana  bekalan elektrik di kampung berkenaan telah disambungkan sekali gus memberi kemudahan yang lebih baik kepada penduduk setelah 40 tahun penantian.

Dalam pada itu katanya kemudahan asas seperti ini amat penting untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat serta membuka lebih banyak peluang pembangunan pada masa akan datang.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada Ketua Kampung serta seluruh penduduk Kampung Sebrang Lubok Nibong atas sambutan yang begitu baik dan mesra kepada rombongannya.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kunjungan Aidilfitri eratkan silaturahim dua keluarga
Next: Ribuan banjiri rumah terbuka Awang Tengah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.