Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis IPD Meradong
  • JENAYAH

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis IPD Meradong

Utusan Sarawak 11 hours ago
DUA suspek ditahan oleh pihak polis dalam Ops Tapis pada 19 Mac lalu. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Dua lelaki tempatan masing-masing berumur 24 dan 33 tahun ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas Ops Tapis yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong pada 19 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata kedua-dua suspek ditahan sekitar 11.50 pagi dalam operasi yang dijalankan di sekitar daerah ini bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Meradong untuk tindakan lanjut termasuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Saringan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek di pejabat BSJND Meradong, didapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tiada mempunyai sebarang rekod jenayah atau dadah,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

“Pihak polis IPD Meradong memandang serius kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah kerana ia boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

“Masyarakat digesa supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis berkaitan kegiatan dadah di Daerah Meradong.

“Maklumat boleh disalurkan ke Balai Polis Bintangor di talian 084-693222,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam serbuan dadah di Siburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.