Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Seorang wanita maut, dua pemandu cedera dalam kemalangan di Miri
  • KEMALANGAN

Seorang wanita maut, dua pemandu cedera dalam kemalangan di Miri

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di lampu isyarat Vista Perdana, Miri awal pagi tadi. Foto BBP Lopeng

MIRI: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di lampu isyarat Vista Perdana, di sini awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa berusia 23 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Bezza dengan menggunakan stretcher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya seorang lagi mangsa dalam kenderaan Perodua Bezza serta pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

JBPM Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.05 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah digerakan ke lokasi dan tiba pada 3.14 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 4.15 pagi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Remaja kedua hilang di air terjun Plan Lot ditemukan lemas
Next: ​Warga emas cedera tengkuk, dada dalam kemalangan di Lichok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.