Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja kedua hilang di air terjun Plan Lot ditemukan lemas
  • KEMALANGAN

Remaja kedua hilang di air terjun Plan Lot ditemukan lemas

Utusan Sarawak 11 hours ago
OPERASI mencari dan menyelamat di air terjun Sungai Plan Lot ditamatkan selepas kedua-dua mangsa berjaya ditemukan. Foto BBP Kidurong

BINTULU: Remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di kawasan air terjun Sungai Plan Lot, Jalan Permata, Kidurong, di sini petang semalam, ditemukan lemas lewat malam tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemukan orang awam pada 11.19 malam, sekitar lima meter dari tebing sungai.

“Selepas menerima panggilan pada 11.20 malam daripada orang awam mengenai penemuan itu, bomba bergegas ke lokasi kejadian. Mayat dibawa naik ke tebing oleh penduduk dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan.

Menurut JBPM Sarawak, susulan penemuan itu serta hasil perbincangan dengan agensi terlibat di lokasi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 12.33 tengah malam.

Pada 2.00 petang semalam, empat remaja berusia 12 hingga 14 tahun ke lokasi berkenaan untuk mandi, namun dua daripada mereka dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat pada 2.30 petang dan disyaki lemas.

Mangsa pertama, Tristan Mariss Marissa Erna, 12, ditemukan lemas oleh pasukan SAR pada 5.20 petang, kira-kira lima meter dari tebing pada kedalaman sembilan meter, sebelum diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera, kereta rempuh treler rosak di Jalan Setian–Kuala Tatau
Next: Seorang wanita maut, dua pemandu cedera dalam kemalangan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.