
MARUDI: Sundar Surip diumumkan johan Pertandingan Lampu Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 apabila berjaya mengalahkan 20 peserta lain yang mengambil bahagian untuk merebut gelaran johan dalam pertandingan tersebut malam tadi.
Pertandingan ini dianjurkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Padang Kerbau dengan kerjasama Surau AR-Rahman Kampung Dato Haji Zain Galau bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri
Kemenangan beliau ini merupakan kemenangan kali ketiga berturut-turut dan menerima hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan, hamper dan juga duit raya.

Naib johan dimenangi Sherimem Surip juga menerima hadiah wang tunai, piala, hamper dan juga duit raya sementara Ariffin Yahya memenangi tempat ketiga yang juga
menerima hadiah wang tunai, hamper, piala dan juga duit raya.
Sementara lima peserta lain masing-masing menerima hadiah saguhati berupa hamper dan wang tunai dan juga duit raya.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang pemenang disampaikan oleh Pengurusai Surau Ar-Rahman Kampung Padang Kerbau Marudi, Kamis Siman di dewan Surau Kampung Padang Kerbau Marudi.
Oleh Jiku Juguong