Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rumah terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah
  • Selatan
  • WILAYAH

Rumah terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah

Utusan Sarawak 9 hours ago
ORANG ramai daripada pelbagai kaum mula membanjiri pekarangan Astana Negeri seawal jam 9 pagi bagi memeriahkan sambutan serta beramah mesra dengan pemimpin negeri sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi yang berlangsung di Astana Negeri hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tradisi rumah terbuka Aidilfitri terus menyemai semangat muhibah dengan sambutan di beberapa negeri berlangsung meriah.

Di Sarawak, orang ramai membanjiri pekarangan Astana Negeri, Kuching bermula 9.00 pagi bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat, usia, kaum dan agama disajikan dengan aneka juadah selain mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pemimpin negeri.

Di Johor, rakyat pelbagai kaum mengunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru seawal 8.00 pagi.

Orang ramai dijamu dengan pelbagai juadah tradisional dan moden termasuk ketupat, lemang, rendang, soto dan mi rebus selain kuih-muih dan pelbagai minuman.

Di Negeri Sembilan, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani berangkat ke Majlis Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai juadah tradisional selain pengunjung turut mengambil peluang merakam kenangan di pekarangan istana.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco kerajaan negeri. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasar Tani Semula Jadi Kuching edisi ke-51 bantu petani kecil tanpa orang tengah
Next: Sambutan Aidilfitri di Bekenu meriah, lebih 2,000 pengunjung hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.