Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pasar Tani Semula Jadi Kuching edisi ke-51 bantu petani kecil tanpa orang tengah
  • Selatan
  • WILAYAH

Pasar Tani Semula Jadi Kuching edisi ke-51 bantu petani kecil tanpa orang tengah

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng meninjau gerai jualan sempena edisi ke-51 Pasar Tani Semula Jadi Kuching, di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Penganjuran edisi ke-51 Pasar Tani Semula Jadi Kuching terus menjadi platform penting bagi petani kecil untuk memasarkan hasil pertanian mereka secara terus kepada pengguna tanpa orang tengah.

Inisiatif ini sekali gus membantu meningkatkan pendapatan golongan petani serta memastikan pulangan yang lebih adil kepada mereka.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, konsep itu bukan sahaja memberi ruang kepada petani mempamer dan menjual hasil tanaman, malah membolehkan pengguna mendapatkan makanan segar dan sihat pada harga berpatutan.

“Ramai beranggapan makanan semula jadi mahal, tetapi di sini hasil dijual terus daripada petani kepada pengguna tanpa orang tengah.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bersama peniaga meraikan Pasar Tani Semula Jadi Kuching edisi ke-51, di Kuching hari ini. Foto Adele Rissa 

“Ini membolehkan kos dikurangkan dan pengguna masih boleh menikmati makanan sihat pada harga berpatutan,” katanya ketika berucap meraikan edisi ke-51 pasar tani semula jadi tersebut, di sini hari ini.

Beliau menambah, pasar itu memberi peluang khususnya kepada petani kecil yang tidak mempunyai kawasan tanaman luas, termasuk mereka yang hanya menanam secara kecil-kecilan di rumah, untuk memperkenalkan hasil masing-masing.

Katanya, tanpa platform sebegini, petani kecil akan berdepan kesukaran memasarkan hasil dan berisiko menghentikan aktiviti pertanian.

“Jika tiada pembeli, petani akan berhenti menanam. Dalam jangka panjang, kepelbagaian tanaman boleh terjejas kerana tiada permintaan di pasaran,” ujarnya.

Tambah beliau, suasana mesra antara peniaga dan pengunjung di pasar tersebut mencerminkan kekuatan komuniti setempat serta menggalakkan perkongsian nilai gaya hidup sihat.

ANTARA jenis jualan yang dihasilkan sendiri di rumah dijual secara terus kepada pengguna di Pasar Tani Semula Jadi Kuching, di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

Beliau berkata pasar ini bukan sekadar tempat jual beli, tetapi juga ruang interaksi yang menghubungkan pengeluar dan pengguna dalam suasana harmoni.

Dato Wee berharap penganjuran pasar itu dapat diperluaskan daripada dua kali sebulan kepada acara mingguan pada masa hadapan sekiranya mendapat sambutan berterusan.

“Kita mahu lebih ramai tampil menyokong petani kecil kerana tanpa sokongan pengguna, usaha ini sukar untuk dikekalkan,” katanya.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: RM42 juta pacu akses pedalaman Ngemah, jalan Nanga Ngungun–Nanga Bat siap 2028
Next: Rumah terbuka Aidilfitri semai semangat muhibah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.