Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM42 juta pacu akses pedalaman Ngemah, jalan Nanga Ngungun–Nanga Bat siap 2028
  • Tengah
  • WILAYAH

RM42 juta pacu akses pedalaman Ngemah, jalan Nanga Ngungun–Nanga Bat siap 2028

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kulih Jabu, SPS Nanga Ngungun, di Kanowit. Foto UKAS

KANOWIT: Projek pembinaan Jalan Nanga Ngungun–Nanga Bat bernilai RM42 juta dilihat sebagai pemangkin utama meningkatkan akses dan kesejahteraan penduduk di kawasan pedalaman Ngemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, projek tersebut telah bermula sejak 25 Februari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 24 Februari 2028 sekali gus membuka lebih banyak peluang pembangunan sosioekonomi kepada penduduk setempat.

“Pelaksanaan projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh jaringan perhubungan luar bandar.

“Pembinaan jalan ini amat penting dalam meningkatkan hubungan, kemudahan asas serta taraf hidup masyarakat di kawasan Ngemah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Kulih Jabu, SPS Nanga Ngungun, baru-baru ini.

TUAI Rumah Kulih menyampaikan cenderahati kepada Anyi sebagai tanda penghargaan. Foto UKAS

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan projek Jalan Nanga Bat–Nanga Pra kini telah mencapai 76 peratus kemajuan dan sudah boleh dilalui kenderaan, meskipun masih dalam proses penyiapan.

Pada masa sama, Anyi menegaskan beliau akan terus memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan itu agar berjalan lancar serta memberi impak maksimum kepada rakyat.

Selain pembangunan infrastruktur, beliau turut menekankan kepentingan pendidikan sebagai asas masa depan generasi muda, termasuk memanfaatkan inisiatif kerajaan negeri seperti yuran pengajian percuma di institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak.

Dalam majlis tersebut, beliau turut meluluskan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM120,000 bagi kerja membaik pulih Rumah Kulih Jabu yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu.

Turut disalurkan, geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM8,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang berkenaan.

Sementara itu, ADUN Machan, Allan Siden Geramong yang turut hadir, meluluskan tambahan geran MRP sebanyak RM4,000 kepada JKKK Rumah Kulih Jabu.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Kanowit, Clinton Jelai.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Eksklusif: 45 jenis kek lapis Sarawak Abang Ajibi warnai Aidilfitri tahun ini
Next: Pasar Tani Semula Jadi Kuching edisi ke-51 bantu petani kecil tanpa orang tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.