Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Aidilfitri eratkan silaturahim, perkukuh kesejahteraan komuniti
  • SEMASA

Aidilfitri eratkan silaturahim, perkukuh kesejahteraan komuniti

Utusan Sarawak 17 hours ago
NANCY Shukri menyeru masyarakat menghayati Aidilfitri sebagai waktu mengukuhkan hubungan dan kebersamaan.

SANTUBONG: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri menyeru masyarakat agar menjadikan Aidilfitri sebagai medan mempererat silaturahim serta menyemai nilai kasih sayang dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, Aidilfitri bukan sekadar hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, sebaliknya peluang untuk kembali kepada fitrah dengan mensucikan hati dan mengukuhkan hubungan sesama insan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen P193 Santubong berkata, semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat di kawasan itu sentiasa utuh, dengan sikap saling membantu dan menyantuni antara satu sama lain.

“Inilah kekuatan sebenar komuniti kita, yang sentiasa berdiri bersama dalam susah dan senang serta memastikan tiada yang terpinggir dalam meraikan hari yang penuh bermakna ini,” katanya dalam perutusan Aidilfitri.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa usaha memperkasa wanita, memperkukuh institusi keluarga serta menjaga kebajikan masyarakat akan terus dipergiatkan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Katanya, kementerian komited memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya golongan memerlukan, sentiasa diberi perhatian dan sokongan sewajarnya demi kesejahteraan bersama.

Mengulas lanjut, beliau turut mendoakan agar rakyat Malaysia yang pulang ke kampung halaman sempena musim perayaan ini sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

“Pandulah dengan cermat, utamakan keselamatan, dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing untuk bersama insan tersayang,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan agar Aidilfitri diraikan dengan penuh kesederhanaan, keikhlasan dan rasa syukur, dengan mengutamakan kebersamaan bersama keluarga serta nilai kasih sayang.

“Aidilfitri mengingatkan kita bahawa nilai kasih sayang, empati dan keprihatinan adalah asas kepada sebuah masyarakat yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga Santubong dan umat Islam yang meraikannya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sambut Aidilfitri secara sederhana, peka nasib golongan menderita – Anwar
Next: Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi – Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.