Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ops Selamat 26 peringkat daerah Lawas bermula Khamis
  • Utara
  • WILAYAH

Ops Selamat 26 peringkat daerah Lawas bermula Khamis

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPS SELAMAT 26…Liong (kanan) menyampaikan risalah dan beg cenderahati kepada pengguna jalan raya di Lawas  

LAWAS: Penduduk di daerah ini diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang serta tidak tergesa-gesa, sebaliknya mengutamakan keselamatan ketika memandu dan menunggang kenderaan.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, langkah itu penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan sepanjang musim perayaan.

Beliau berkata, Program Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 26 Aidilfitri 2026 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah diadakan semalam.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan dan panduan mengenai kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya, khususnya sepanjang tempoh Op Selamat kali ini.

“Selain itu, risalah keselamatan jalan raya, makanan ringan serta beg cenderahati turut diedarkan kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, program tersebut diadakan di Kilometer 1, Jalan Lawas-Trusan, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas.

Op Selamat ke-26 berlangsung bermula 19 hingga 24 Mac 2026.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Lawas, ketua-ketua bahagian PDRM Daerah Lawas, pegawai kanan polis, ketua cawangan serta warga IPD Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 722 pelajar sertai Kejohanan Sukan Permainan Sekolah Menengah Persendirian Cina Sarawak Ke-7
Next: Finalis Keling CCF santuni komuniti OKU di Pepikat Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.