
MIRI: Tindakan seorang lelaki tempatan mencuri paip tembaga di kawasan halaman rumah membawa padah apabila dia diberkas polis dalam satu operasi di sini, semalam.
Suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ), Balai Polis Pusat Miri yang diketuai ASP Goldy Jangan sekitar 3.30 petang di hadapan Petronas Jalan Desa Senadin.
Ketua Polis Daerah , ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat awam berhubung kegiatan kecurian di kawasan Piasau Garden.
“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa batang paip tembaga yang dipercayai dicuri,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di laman Facebook Polis Daerah Miri.
Menurut beliau, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Oleh Liong Chai Ling