Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita SIDS digesa terus aktif pacu pembangunan Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Wanita SIDS digesa terus aktif pacu pembangunan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
FRIDAY Belik merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan SIDS Cawangan Saratok yang berlangsung di Saratok, baru-baru ini. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Golongan wanita di negeri ini digesa supaya terus memainkan peranan aktif dalam pelbagai bidang demi menyumbang kepada pembangunan Sarawak secara berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, wanita di Sarawak sememangnya mempunyai peranan besar dalam membangunkan negeri, sama ada dalam bidang pendidikan, pentadbiran, sosial mahupun politik.

Menurut beliau, sumbangan golongan wanita tidak boleh dipandang ringan kerana penglibatan mereka dalam pelbagai sektor telah membantu memperkukuh pembangunan masyarakat dan negeri secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Saratok yang berlangsung dekat sini baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Friday turut merakamkan tahniah dan syabas kepada SIDS Saratok kerana berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan golongan wanita, sekali gus memperkasakan mereka agar terus berperanan dalam pembangunan komuniti.

Katanya, usaha yang dilaksanakan oleh SIDS Saratok itu wajar diteruskan kerana ia bukan sahaja memberi ruang kepada wanita untuk menyumbang, malah membantu meningkatkan keyakinan serta penglibatan mereka dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau mengesa agar lebih ramai wanita menyertai pertubuhan berkenaan, khususnya mereka yang tinggal di rumah panjang, supaya agenda memperkasa wanita dapat diperluaskan hingga ke peringkat akar umbi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi SIDS Saratok, Sita Ingka; Pengerusi Serakup Dayak Kebangsaan (SDNU) Saratok, Jeti Kumpai Endawie; Penghulu Isa Ging; Penghulu Loya Seman; Penghulu Josephine Entira serta beberapa Exco SDNU dan ahli-ahli SIDS.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 1,554 karton air minuman disalur kepada penduduk terjejas di DUN Lingga
Next: Pemilik anjing diwajibkan lesen, Majlis Daerah Limbang perhebat kempen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.