

MIRI: Permintaan tinggi terhadap lemang menjelang sambutan Aidilfitri menyaksikan seorang penjual tempatan mampu menjual sehingga 1,000 batang lemang sehari.
Penjual lemang dikenali sebagai Bujang Lemang berkata, peningkatan tempahan beberapa hari sebelum perayaan Hari Raya.
Menurutnya, setiap batang lemang dijual pada harga RM15 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan tetap serta pembeli baharu.
“Alhamdulillah, setiap hari boleh jual sehingga 1,000 batang lemang. Permintaan memang tinggi, terutama bila hampir raya,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak gerainya di Kampung Lereng Bukit di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati gerainya dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang membeli lemang sebagai hidangan wajib pada pagi raya.
Oleh Liong Chai Ling